Inspektor Sheila Kembali Cetus Kontroversi, Kali Ini Didakwa Timbulkan Kekecohan Di Gerai Makan

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 9:09 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Nama Inspektor Sheila sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular satu rakaman video memaparkan pegawai polis wanita itu didakwa menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan di ibu negara, pagi tadi.

Kekecohan Di Gerai Makan

Dalam video berdurasi 43 saat itu, Inspektor Sheila dilihat bertegang urat dengan seorang lelaki dipercayai pemilik gerai berkenaan, sehingga situasi tersebut menarik perhatian pelanggan di lokasi kejadian.

“Kenapa awak sentuh saya? Kenapa sentuh saya? Apa hak awak sentuh saya?” kedengaran suara wanita itu menyoal berkali-kali dengan nada tegas.

Beliau turut mengajak peniaga terbabit ke kawasan lain bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.
“Jom, saya ikut,” katanya dalam nada mencabar.

Cubaan Tenangkan Keadaan

Seorang wanita dipercayai pasangan kepada peniaga berkenaan cuba menenangkan keadaan, namun pertikaman lidah antara mereka terus berlarutan.

“Kenapa dia sentuh saya? Awak tanya dia. Kalau saya kecoh, awak nak sentuh saya? Saya perempuan tau!” ujar Inspektor Sheila lagi, sambil menuntut permohonan maaf daripada peniaga itu.

“Boleh minta maaf atau tidak? Kenapa awak sentuh saya? Sentuh perempuan,” katanya.

Pernah Didakwa Di Mahkamah

Difahamkan, kekecohan itu berlaku tidak lama selepas pegawai polis berusia 37 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran minggu lalu.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pernah Digantung Tugas

Untuk rekod, beliau telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023 berhubung beberapa insiden terdahulu termasuk menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas. – The Malaysian Update

The post Inspektor Sheila Kembali Cetus Kontroversi, Kali Ini Didakwa Timbulkan Kekecohan Di Gerai Makan appeared first on The Malaysian Update.