Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan insiden di sebuah restoran makanan segera apabila seorang pelancong India dirakam kelihatan tidak berpuas hati kerana burger yang dibelinya mengandungi daging lembu.
Menerusi hantaran di TikTok, pelancong wanita itu didakwa membaling kotak burger ke lantai dan bersemuka dengan staf restoran tersebut.
“Saya dari India, bagaimana boleh…,” kata wanita itu.
“Saya tahu awak orang India,” balas staf berkenaan. Wanita itu kemudian bertanya, “Kalau begitu, bagaimana boleh terjadi ni?”
An Indian tourist threw her burger box on the floor and confronted a MacDonald staff over not being told that the burger she bought is not vegetarian. Your thoughts on this incident? #travel #india #tourist #macdonalds #thoughts
Baca juga:
Wanita itu turut menegaskan bahawa beliau merupakan pelanggan tetap McDonald’s dan kerap memesan burger vegetarian.
Apabila staf tersebut mengulangi bahawa burger itu “bukan vegetarian”, wanita berkenaan berkata tidak dinyatakan bahawa burger itu mengandungi daging lembu.
“Saya tahu, tapi juga tidak dinyatakan bahawa ia burger daging lembu,” ujarnya sambil menangis.
Pelancong wanita itu yang hadir bersama pasangannya kemudiannya dilihat meninggalkan kaunter.
Rata-rata netizen mengkritik tindakan tersebut dan berpendapat bahawa sebelum membuat pesanan, pelanggan perlu menyemak atau bertanya kepada staf restoran terlebih dahulu.
The post Tular video pelancong kecewa tak dimaklumkan beli burger daging lembu appeared first on The Reporter.





