Insta360 Akan Melancarkan Kamera Aksi Baharu Pada 22 April 2025

TechnologyDigital
20 Apr 2025 • 4:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 telah mengesahkan tarikh pelancaran kamera aksi baharu mereka pada 22 April 2025. Kamera ini dijangka memberikan pengalaman penggunaan lebih baik dengan memberi kebebasan kepada pengguna dalam semua jenis keadaan, pencahayaan, dan situasi.

image is not available

Walaupun nama rasmi kamera aksi baharu ini masih belum diumumkan, terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa ia mungkin dikenali sebagai Insta360 X5. Jika spekulasi ini benar, kamera itu boleh menjadi pengganti kepada model X4 yang sebelum ini terkenal dengan keupayaan ciri-ciri yang canggih. Selain itu, model X5 dijangka membawa peningkatan dalam prestasi termasuk dalam kualiti video, serta suntingan video berasaskan AI.

image is not available

Seperti biasa, nantikan pelancaran rasmi untuk melihat keseluruhan penawaran menarik yang akan diperkenalkan. Pastinya Insta360 mempunyai kejutan yang menarik buat peminat setia.