Liga Super: Selangor FC tewaskan PDRM FC 2-0

19 Apr 2025 • 10:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 APRIL: Selangor FC (SFC) menewaskan PDRM FC 2-0 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi menutup kempen musim ini ditangga kedua dengan 52 mata daripada 24 perlawanan.

PDRM FC pula menamatkan kempen di tangga kesembilan dengan tujuh kemenangan dan enam seri untuk mengumpul 27 mata, lapor BH Online.

Pada babak pertama, SFC mendapat peluang terbaik apabila mereka diberikan sepakan penalti pada minit ke-21 namun sepakan Ronnie Fernandez dinafikan penjaga gawang PDRM FC, Nur Hakeem Hamidun.

PDRM FC menerusi Ifedayo Olusegun berjaya merobek gawang SFC pada minit ke-34 bagaimanapun jaringan itu dibatalkan kerana penyerang berkenaan berada dalam keadaan ofsaid dan kedudukan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung babak kedua, SFC bermula garang apabila gol yang diburu muncul hanya tiga minit selepas rehat menerusi rembatan deras Alvin Fortes.

Yohandry Orozco melebarkan jurang dengan gol kedua hasil hantaran Danial Asri pada masa tambahan untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat tuan rumah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved