Insta360+ Kini Boleh Dilanggan Pada Harga Bermula RM9.90 Sebulan

TechnologyDigital
11 Nov 2024 • 12:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 adalah jenama produk kamera 360 darjah yang kini menjadi semakin popular. Mereka bukan sahaja terkenal dengan kamera Insta360 X3/X4, tetapi juga dengan kamera aksi bersama sensor Leica Ace Pro. Terbaru, Insta360+ telah dilancarkan dan ia sudah tersedia di Malaysia.

image is not available

Insta360+ adalah perkhidmatan awanan yang menawarkan storan awan 200GB, 1TB atau 2TB dengan bayaran langganan bulanan atau tahunan. Selain storan, suntingan awanan dan perkongsian fail antara pengguna Insta360 turut diberikan. Menariknya, setiap langganan turut menyertakan keahlian premium yang membenarkan pengguna mendapatkan kamera ganti jika berlaku kerosakan dengan diskaun $100 (~RM440). Kemudian adalah diskaun 20% untuk aksesori dan banyak lagi.

image is not available

Khusus untuk pengguna Insta360 X4, Insta360+ turut akan memberikan jaminan tambahan jika kamera diaktifkan dalam masa 2 tahun dari tarikh pembelian. Akses kepada Insta360+ adalah melalui aplikasi Android atau iOS dan juga aplikasi Studio pada PC atau Mac. Berikut adalah harga langganan di Malaysia;

Insta360+ Bulanan

  • Basic 200GB – RM9.90
  • Pro 1TB – RM39.90
  • Premium 2TB – RM49.90

Insta360+ Tahunan

  • Basic 200GB – RM99.90
  • Pro 1TB – RM349.90
  • Premium 2TB – RM499.90