Insta360 X5 Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM2,499

TechnologyDigital
23 Apr 2025 • 11:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kamera aksi Insta360 X5 telah dilancarkan secara rasmi semalam dan kini boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM2,499. Menariknya, harga ini sama seperti model X4 sebelumnya dan boleh menjadikannya pilihan yang menarik buat peminat setia.

image is not available

Untuk pakej Basic Kit I, harganya meningkat kepada RM2,599, Basic Kit II bernilai RM2,799, Bike Kit I berharga RM2,879, Bike Kit II bernilai RM3,069, Car Bundle berharga RM2,899, Creator Kit I berharga RM2,779, Motorcycle Kit I berharga RM2,859, Motorcycle Kit II berharga RM2789 dan, Adventure Kit berharga RM2,919. Jika anda berminat, anda boleh mendapatkannya melalui pengedar sah Insta360 Malaysia.

image is not available

Kamera ini menawarkan sensor yang lebih besar dan prestasi yang lebih baik dalam keadaan cahaya rendah. Ia juga mempunyai ciri-ciri menarik seperti sistem kanta boleh ganti untuk kemudahan pengguna, dan reka bentuk yang tahan lasak pula menjadikannya pilihan sesuai untuk aktiviti luar.

Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri 2400mAh yang tahan lama bagi memastikan rakaman yang panjang tanpa gangguan. Butiran penuh mengenai kamera baharu ini boleh dibaca melalui artikel sebelum ini.