Instagram Akan Membuang Ciri Content Notes Pada Aplikasi

TechnologyDigital
27 Mar 2025 • 10:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketua Instagram, Adam Mosseri baru baru ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menghentikan ciri Content Notes pada aplikasi Instagram. Ciri ini membolehkan pengguna menambah nota berasaskan teks pada siaran feed dan Reels, namun dikatakan tidak mendapat banyak perhatian daripada pengguna. Mosseri menjelaskan bahawa pihaknya akan menjadikan aplikasi itu lebih minimalis dengan membuang fungsi-fungsi yang kurang digunakan, kemudian memberi tumpuan untuk menjadikannya lebih menarik.

image is not available

Untuk konteks tambahan, ciri Content Notes diperkenalkan pada Julai tahun lalu sebagai cara untuk pengguna berkongsi idea atau pendapat ringkas pada siaran Feed dan Reels. Walaupun konsepnya kelihatan menarik tetapi Content Notes gagal menarik perharian ramai pengguna. Oleh itu, Instagram mengambil keputusan untuk membuang ciri ini dan memberi tumpuan pada ciri lain yang lebih bergua dan digunakan oleh pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved