Adam Mosseri selaku ketua di Instagram mengaku baru-baru ini yang platform media sosial ini telah menjadi semakin rumit. Disebabkan itu salah satu ciri yang mula diperkenalkan pada Julai tahun 2024 akan ditamatkan. Ciri ini berkaitan dengan Notes.

Sejak pada Julai 2024, segelintir pengguna boleh berkongsi Notes di video-video Reels dan juga pada perkongsian gambar atau video grid. Notes ini juga sedikit berbeza kerana ia akan dipadam selepas 3 hari berbanding biasa selepas 24 jam. Ia juga bersifat semi-peribadi kerana pengguna boleh ubah siapa yang melihat Notes ini. Notes ini dipaparkan sebagai pelekat dan juga seakan mesej berkumpulan antara rakan.
Ciri ini tidak diedarkan secara meluas dan tidak digunakan ramai. Disebabkan itu, Instagram akan menamatkan sokongan Notes semi-peribadi yang dipadam selepas 3 hari ini. Notes biasa yang dipaparkan di bahagian DM dan profil akan kekal boleh digunakan seperti biasa.


