Instagram Akan Menggunakan Kecerdasan Buatan Bagi Mengesahkan Usia Pengguna

TechnologyDigital
24 Jun 2022 • 10:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Keselamatan pengguna bawah umur di pelbagai media sosial adalah sentiasa terancam dengan terdapat pelbagai kes antun seksual dilaporkan. Oleh sebab itu Instagram sejak 2019 meminta pengguna bawah umur untuk mengaktifkan beberapa ciri keselamatan bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa. Kini apabila mereka akhirnya mencapai umur 18 tahun, Instagram memperkenalkan beberapa ciri pengesahan termasuk menggunakan kecerdasan buatan.

image is not available

Pengguna yang ingin mengubah umur mereka kepada 18 tahun ke atas diberikan tiga pilihan oleh Instagram. Pilihan pertama ialah memuat naik gambar kad pengenalan diri yang kemudiannya disahkan oleh Instagram. Kedua mereka mendapatkan pengesahan umur dari pihak tiga rakan.

image is not available

Akhir sekali ialah memuat naik swavideo yang kemudiannya akan dianalisa oleh Yoti yang mempunyai kecerdasan buatan mengagak umur pengguna. Selepas pengesahan Instagram dan Yoti akan memadamnya.

[sumbr] Sumber – Meta [/sumber]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved