Instagram Ammar Alfian ‘Diserang’, Teruk Dihentam Kerana Dakwaan Pukul Bekas Kekasih

LocalEntertainment
22 Apr 2025 • 11:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pelakon bertubuh sasa, Ammar Alfian trending dan menjadi bualan hangat sejak semalam selepas seorang wanita mendakwa telah menjadi mangsa pukul aktor itu yang merupakan bekas kekasihnya.

Menerusi hantaran di Instagram, ramai netizen meninggalkan komen dan menghentam pelakon filem Paskal tersebut kerana mengasari wanita.

Gangster tak pukul perempuan bro! Apa pun alasan kau, kau tak boleh pukul perempuan. Jenis dayus pukul perempuan.

image is not available

Dalam pada itu, ramai turut mengajak netizen untuk memboikot filem atau drama lakonan Ammar sebagai tanda protes terhadap keganasan dilakukannya terhadap wanita.

Boikot je. Jangan sokong kaki pukul macam ni.

image is not available

image is not available

image is not available

Difahamkan, wanita berkenaan telah pun tampil membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) semalam. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kondominium di Damansara.

Ini bukanlah kali pertama nama Ammar terpalit kerana sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan insiden pukul malah sekitar Julai tahun lalu namanya disebut sebagai aktor yang memukul teman wanita berdasarkan petunjuk umur dan ciri-ciri iaitu berbadan sasa.

image is not available 23 hours ago

“Sebab Aku Besar, Muka Garang, Kau Gunakan Karakter Aku Untuk Kenakan Aku” - Ammar Alfian Respon Dakwaan Bekas Kekasih?