Pelayar Web AI Popular iOS “Arc” Akan Ke Android

TechnologyDigital
26 Aug 2024 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

The Browser Company adalah syarikat yang ditubuhkan oleh oleh Josh Miller dan Hursh Agrawal dengan pasukan dari bekas pekerja Instagram, Tesla, Medium dan Google. Mereka telah membangunkan pelayar web AI yang ramai memberi maklum balas positif. Pelayar web ini adalah Arc dan selepas menjadi eksklusif pada peranti Apple serta Windows, ia akhirnya akan tiba ke peranti Android.

image is not available

Arc adalah pelayar web berasaskan Chromium untuk Windows. Untuk Android masih tidak diketahui tetapi apa yang pasti, The Browser Company membina aplikasi ini dengan Swift yang selalu digunakan untuk membangunkan aplikasi macOS dan iOS. Arc adalah pelayar web yang mementingkan ketenangan kerana semua elemen pada aplikasi ini adalah minimalis.

Versi peranti mudah alih seperti pada iOS mementingkan ciri kecerdasan buatan generatif seperti merumuskan artikel dan membacakan rumusan artikel dengan suara AI. Berdasarkan video acah oleh Arc Internet di Threads, Arc untuk Android dilihat cuba memberi pengalaman penggunaan pelayar web yang lebih meriah dengan animasi yang unik. Buat masa ini masih tidak pasti apakah beza Arc Android dengan iOS. Sama-sama kita nantikan.