Instagram Dipenuhi Makian Dek ‘Queen Of Tears’, Park Sunghoon Minta Maaf

Entertainment
24 Apr 2024 • 3:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bakal menamatkan siaran pada minggu ini, ramai yang ternanti-nanti apa kesudahan “Queen of Tears” nanti.

Merupakan pencapaian yang baik bagi saluran tvN, teraju utama drama itu telah memberikan ucapan penghargaan buat peminat kerana berjaya melepas rating 20% di mana rekod itu gagal ditembusi sejak 4 tahun lepas ketika “Crash Landing On You” masih berlangsung.

Antara ucapan yang menarik perhatian ramai ialah dari Park Sung-hoon di mana dia membawa watak antagonis Yoon Eun-sung. Tulisnya,

Rating melebihi 20%! Terima kasih atas cinta dan dukungan kalian yang membuatku terharu. Dan… maafkan aku.

Sebelum ini, Park Sung-hoon menerima pelbagai kritikan dari penonton dan pelbagai komen cacian memenuhi akaun Instagram lelaki itu, bukan kerana kesalahan dirinya namun disebabkan oleh watak dalam “Queen Of Tears” yang sering merosakkan hubungan utama drama tersebut iaitu Hong Hae-in (Kim Ji-won) dan Baek Hyun-woo (Kim Soo-hyun).

Kesian dia kena marah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.