
Salah satu bentuk kandungan yang semakin popular kebelakangan ini adalah drama mikro. Melaluinya, kandungan ditawarkan dalam bentuk pendek dan bersiri, mencapai sehingga 100 episod. Pihak TikTok sedia menyertakan sokongan untuknya, selain terdapat pelbagai aplikasi dipasaran yang menawarkan fungsi dan kandungan khusus drama mikro.

Kini, ia dilihat Meta turut tidak ingin ketinggalan, dan sedang membangunkan sebuah ciri khas dinamakan “Short Dramas”. Melaluinya, ia menyertakan sebuah tab khas yang menghimpunkan kandungan drama mikro, dan boleh ditambah untuk keperluan membayar untuk mengaksesnya.
Buat masa ini, ciri ini masih sedang dibangunkan lagi, dan tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan secara rasmi melalui aplikasi Instagram.
#Instagram is working on Short Dramas
Creators will be able to lock episodes behind a some sort of subscription pic.twitter.com/KxLDbpu8Xn

