Instagram Kelak Akan Membolehkan Anda Keluar Dari “Close Friends” Pengguna Lain

TechnologyDigital
2 Feb 2026 • 7:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Instagram kini sedang membangunkan sebuah ciri baharu, yang akan membolehkan seseorang pengguna untuk keluar daripada senarai “Close Friends” pengguna yang lain.

Untuk makluman, ciri “Close Friends” membolehkan seseorang pengguna menambah anda kepada senarai rakan terdekat, dan seterusnya melakukan perkongsian Stories, Reels dan lain-lain yang terhad boleh dilihat dan ditonton oleh senarai berkenaan sahaja. Ia telah diperkenalkan sejak 2018 yang lepas, namun Instagram tidak memberikan ruangan untuk pengguna lain keluar dari senarai berkenaan.

image is not available

Dengan ciri baru ini, ia akan memberikan lebih kawalan kepada pengguna untuk penambahan pada “Close Friends” ini, selain membolehkan pengguna keluar daripada senarai pengguna lain. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan.

Untuk makluman, Instagram turut sedang membangunkan ciri langganan berbayar yang akan memberikan akses kepada sejumlah ciri tambahan. Ia tidak diketahui sama ada ciri ini akan menjadi sebahagian daripada ciri berbayar atau sebaliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved