Instagram kini berkongsi mengatakan mereka sedang menguji sebuah ciri baharu yang membolehkan pengguna set semula algoritma kandungan yang dicadangkan kepada mereka di platform tersebut.

Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih untuk set semula algoritma kandungan yang dicadangkan kepada mereka, sekaligus akan membuatkan pelbagai kandungan yang dipaparkan di halaman utama dan juga Reels diset semula mengikut algoritma baharu. Ciri ini juga sesuai sekiranya anda mendapati kandungan yang dipaparkan kepada anda di Instagram tidak selari, dan ingin set semula algoritma platform tersebut.
Selepas menetapkan semula, pengguna akan perlu melihat pelbagai kandungan kembali secara rawak, sebelum algoritma dapat mempelajari dan memaparkan apa yang digemari anda.
Ciri baharu ini sedang diuji dan akan diperkenalkan pada peringkat global secara berperingkat.



