Instagram Memperluaskan Penawaran Aplikasi Penyuntingan Video Edits Untuk Pengguna Desktop – Bermula Dengan macOS

TechnologyDigital
6 Nov 2026 • 1:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram Memperluaskan Penawaran Aplikasi Penyuntingan Video Edits Untuk Pengguna Desktop – Bermula Dengan macOS

Instagram sebelum ini sedia menawarkan aplikasi penyuntingan video pantas mereka dinamakan Edits untuk peranti mudah-alih. Memperluaskan lagi penawaran, kini Instagram telah mula menawarkan aplikasi berkenaan kepada pengguna desktop yang menggunakan sistem operasi macOS.

Image from: Instagram Memperluaskan Penawaran Aplikasi Penyuntingan Video Edits Untuk Pengguna Desktop – Bermula Dengan macOS

Ia menawarkan pengalaman penggunaan yang sama seperti pada versi aplikasi mudah-alih, dimana pengguna dengan mudah boleh melakukan penyuntingan video, menambah audio, menambah kesan khas, dan sebagainya. Dengan menawarkan ia pada desktop, ia turut akan memudahkan pengguna yang selesa melakukan tugasan penyuntingan di desktop, dan pada masa yang sama membolehkan penyuntingan video daripada pelbagai sumber fail berbeza.

Edits sedia mempunyai 50 juta pengguna aktif bulanan, dan dengan penawaran versi desktop, angka penggunanya dijangka lebih meningkat – sekaligus menyaingi CapCut.

Bagi anda yang menggunakan macOS, dan berminat mencubanya, boleh memuat-turun Edits untuk macOS hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved