Instagram Mengaktifkan Ciri Kandungan Dan Reels Yang Hanya Boleh Dilihat Pengikut Berbayar

TechnologyDigital
15 Jul 2022 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menjadi selebriti media sosial ialah kerjaya yang diidamkan golongan generasi muda kerana menawarkan kebebasan dan dilihat sebagai kurang membosankan berbanding kerja 9 ke 5 setiap hari. Tetapi menjana pendapat yang stabil adalah mencabar. Hari ini Instagram mengaktifkan ciri yang membolehkan kandungan dan Reels eksklusif ditonton hanya boleh pengikut yang berbayar.

image is not available

Dengan ciri ini kandungan yang lebih eksklusif hanya boleh ditonton mereka yang melakukan langganan untuk menjadi pengikut akaun. Kandungan berbayar ini akan dipaparkan dengan tag Exclusive pada profil.

image is not available

Selain kandungan gambar dan Reels, terdapat juga ciri Subscriber Chat hanya untuk 30 pengikut berbayar. Dengan ini interaksi yang lebih kecil dan terpilih boleh dilakukan oleh pemilik akaun.