Instagram Menguji Garis Masa Khusus Untuk Paparan Perkongsian Akaun Berbayar Meta Verified

TechnologyDigital
24 Oct 2023 • 11:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram hari ini mengumumkan mereka telah memulakan ujian khusus yang memaparkan kandungan daripada pengguna berbayar Meta Verified sahaja.

Seperti ramai sedia maklum, Instagram sedia memperkenalkan ciri paparan hanya akaun diikuti di garis masa, selain pilihan paparan akaun “Favourites”. Pilihan baharu “Meta Verified” ditambah dan dikatakan akan memudahkan penemuan pelbagai akaun-akaun pengguna dan perniagaan melaluinya.

image is not available

Meta Verified merupakan program yang diperkenalkan oleh Meta, memberikan tanda pengesahan berwarna biru, selain beberapa ciri tambahan seperti khidmat sokongan yang diutamakan, akses kepada sejumlah pelekat dan sebagainya. Di Malaysia, Meta Verified untuk pengguna di Instagram atau Facebook ditawarkan pada harga RM36.99 sebulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved