Instagram Menguji Paparan Baharu Dengan Fokus Kandungan Video Reels Di Halaman Utama

Digital
8 Oct 2025 • 6:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram kini sedang menguji kemas kini besar dengan menggabungkan kandungan Reels ke paparan utama aplikasi. Ini bermakna pengguna tidak lagi dapat melihat gambar secara berasingan sebaliknya akan disajikan dengan aliran video setiap kali aplikasi dibuka.

image is not available

Tangkap layar dikongsi menunjukkan paparan baharu dengan mesej ‘Reels now live in Home’ yang memudahkan pengguna menikmati kandungan video secara berterusan. Instagram juga bakal memperkenalkan tab baharu dikenali sebagai Following yang membolehkan pengguna melihat kandungan daripada semua akaun yang diikuti.

image is not available

Perubahan ini menandakan peralihan besar daripada identiti asal Instagram sebagai platform perkongsian gambar sejak tahun 2010. Dengan penekanan terhadap kandungan video pendek, Instagram kini semakin menyerupai TikTok. Langkah ini dijangka mencetuskan pelbagai reaksi khususnya daripada pengguna yang masih menghargai fungsi asal Instagram sebagai ruang untuk berkongsi gambar.