Instagram Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan Dibanjiri Komen ‘Terima Kasih’

25 Jul 2024 • 11:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular gambar surat layang yang dipercayai ditulis oleh dua individu dalam kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan pada 7 tahun yang lalu.

Dipercayai surat itu ditulis dan dihantar ke pihak atasan Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dalam usaha untuk menyelamatkan arwah yang didera oleh rakan-rakannya pada ketika itu.

Media sosial salah seorang saksi dan juga rakan Allahyarham Zulfarhan telah tular di aplikasi Tiktok setelah salah seorang pengguna berkongsi maklumatnya.

Di ruangan komen Instagram Aiman Aufar, rata-rata warga maya telah meninggalkan ucapan terima kasih kerana keberaniannya.

image is not available

Menjengah di ruangan Instagram Aiman, dia sudah pun mendirikan rumah tangga dan telah menamatkan pengajian di sebuah kolej ketenteraan di luar negara.

image is not available

Jap!