Instamuzika Promosi Muzik Tradisional Di Festival Muzik ASEAN India 2022

Music
20 Nov 2022 • 8:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kumpulan pemuzik Okestra Tradisional Malaysia (OTM), ‘Instamuzika’ akan membuat persembahan pada Festival Muzik ASEAN India (AIMF) 2022 - Gambar Facebook ASEAN India Music Festival

Kumpulan pemuzik Okestra Tradisional Malaysia (OTM), ‘Instamuzika’ akan membuat persembahan pada Festival Muzik ASEAN India (AIMF) 2022 di Purana Qila pada 18 hingga 20 November ini.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan penyertaan kumpulan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat antarabangsa mengenai alat muzik tradisional yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia.

Ketua Kumpulan Instamuzika, Yazid Zakaria berkata penyertaan itu juga dapat mempromosikan kekayaan dan keaslian seni budaya Malaysia melalui persembahan muzik.

“Kumpulan Instamuzika akan membawa alat muzik tradisional tempatan seperti sape dan rebana serta memainkan 12 lagu tradisional di festival tersebut,’’ katanya dalam kenyataan.

Instamuzika adalah kumpulan etnik fusion ditubuhkan pada 2005 dan kesemua pemuzik kumpulan tersebut boleh memainkan pelbagai instrumen muzik moden dan tradisional. - Bernama