Institusi kewangan sedia bantu rakyat Malaysia terjejas banjir Nepal-China

LocalBusiness & Finance
3 Oct 2026 • 11:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Institusi kewangan sedia bantu rakyat Malaysia terjejas banjir Nepal-China
BNM memaklumkan pihaknya akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan bagi memastikan bantuan terbabit dapat disalurkan dengan segera kepada mereka yang terjejas. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Penyedia perkhidmatan kewangan sedia membantu dan memberi sokongan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di sempadan Nepal-China baru-baru ini, sejajar dengan undang-undang dan peraturan berkaitan.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, bantuan atau langkah ihsan itu seperti penangguhan bayaran balik, pengecualian yuran dan caj serta kelonggaran dalam keperluan dokumentasi sementara menunggu proses undang-undang berkaitan selesai.

"Institusi kewangan juga boleh memberi keutamaan dalam memproses dan mengesahkan status polisi atau sijil, mempercepatkan bayaran tuntutan insurans dan takaful serta menyediakan bentuk sokongan lain yang sesuai mengikut keperluan keluarga terjejas,” maklum BNM dalam kenyataan kepada Bernama.

Sehubungan itu, bank pusat berkenaan meminta waris terdekat rakyat Malaysia yang terjejas untuk menghubungi institusi kewangan berkaitan bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.

Pada masa sama, BNM memaklumkan pihaknya akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan bagi memastikan bantuan terbabit dapat disalurkan dengan segera kepada mereka yang terjejas dalam tragedi itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved