Intai dunia lakonan, watak budak sekolah pun saya terima jika ada – Derr Era FM

EntertainmentMovie
18 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Intai dunia lakonan, watak budak sekolah pun saya terima jika ada – Derr Era FM

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era FM dan selebriti media sosial, Derr, mengakui menyimpan hasrat untuk mencuba nasib dalam dunia lakonan sekiranya diberi peluang.

Malah, Derr atau nama sebenarnya,Nur Assyifa Farhana PawzI,25, berkata, dia sanggup menerima apa sahaja watak sebagai permulaan untuk tujuan itu.

Menurut Derr, minat terhadap bidang lakonan itu bukan perkara baharu kerana pernah menyimpan angan-angan untuk menjadi pelakon ketika zaman kanak-kanak.

“Ya saya teringin nak jadi pelakon. Dahulu, masa kecil-kecil, itu juga cita-cita saya untuk jadi seorang pelakon.

“Jadi, kalau dapat tawaran berlakon, tidak kisahlah menjadi anak orang atau budak sekolah, saya terima sahaja. Kalau budak sekolah pun, saya boleh,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, Derr berkata, setakat ini dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon dan lebih banyak menerima undangan untuk mengendalikan acara sebagai pengacara.

Sementara itu, bagi watak yang menjadi idamannya, Derr berkata dia lebih tertarik untuk membawa karakter yang mempunyai elemen aksi, memandangkan dirinya sememangnya meminati filem bergenre berkenaan.

“Kalau untuk permulaan, watak apa pun okey. Tetapi saya teringin nak bawa watak yang ada aksi juga. Saya memang minat aksi.

“Saya seorang yang lasak sebenarnya. Saya memang minat perkara-perkara yang lasak. Saya suka benda yang memerlukan pergerakan, berpeluh dan aktiviti yang mencabar,” katanya.

Bagaimanapun, Derr mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam seni mempertahankan diri, sebaliknya pernah aktif dalam kegiatan sukan ketika zaman persekolahan.

“Saya tak pernah terlibat dengan seni mempertahankan diri. Dulu saya masuk sukan-sukan di sekolah. Saya memang suka perkara yang membuatkan badan berpeluh, berpanas-panasan dan aktif. Itu memang lebih dekat dengan diri saya,” katanya.

The post Intai dunia lakonan, watak budak sekolah pun saya terima jika ada – Derr Era FM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved