Intan Najuwa selamat lahirkan anak perempuan, pilih nama Imane Lunara

LocalEntertainment
15 Dec 2024 • 1:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik, Intan Najuwa selamat lahirkan anak perempuan dan memilih nama Imane Lunara buat cahaya mata sulungnya.

Menerusi hantaran terbaru Intan atau nama sebenarnya, Datin Intan Najuwa binti Abd Wahid, dia telah berkongsi momen sewaktu anaknya dilahirkan dan disambut oleh suami tersayang, Datuk Ahmad Asraf Azman.

Instagram will load in the frontend.

Intan Najuwa selamat lahirkan anak pertama

Dalam posting tersebut, dia yang kelihatan masih lemah tetap tersenyum bahagia dengan kehadiran ahli baru dalam keluanga dengan menyertakan sekali kapsyen mengucapkan selamat datang kepada bayi perempuan yang sangat ditunggu-tunggu.

“Welcome to the world, our precious babygirl,” tulisnya ringkas.

Intan Najuwa selamat lahirkan anak perempuan, tak rahsiakan nama

Dia juga turut berkongsi nama yang diberi kepada puteri sulung iaitu Imane Lunara kepada semua tanpa berselindung ataupun merahsiakannya terlebih dahulu.

image is not available

Tahniah Intan & Asraf!

Susulan daripada perkongsian tersebut, ruangan Instagram pelakon itu telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga peminat yang tumpang gembira dengan kelahiran cahaya matanya.

Mereka juga mengucapkan selamat datang kepada Imane Lunara dan meluahkan rasa syukur melihat Intan Najuwa sudah selamat melahirkan zuriat pertamanya.

image is not available

Alhamdulillah semua selamat!

image is not available

Tahu2 dah bersalin je, selamat berpantang

image is not available

Nama Imane Lunara cantik sangat!

image is not available

 

Sekadar info, pelakon drama Racun Raihana itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.

Sumber: Instagram intannajuwa