Intan Najuwa selamat melahirkan bayi sulung, nama Imane Lunara jadi pilihan

LocalEntertainment
15 Dec 2024 • 2:06 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAHNIAH buat pelakon Datin Intan Najuwa yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Ahad.

Berita gembira tersebut dikongsikan empunya diri menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran berkenaan, wanita cantik manis yang mesra disapa Intan tampak tersenyum bahagia menerusi sekeping gambar bersama anaknya.

Pelakon Kekasih Paksa Rela itu turut ditemani suami tersayang, Datuk Ahmad Azraf Azman dilihat sangat gembira ketika menyambut kehadiran orang baru dalam rumah tangga mereka.

image is not available

Dalam pada itu, Imane Lunara. menjadi pilihan pasangan itu untuk nama anak perempuan mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet menitipkan doa dan ucapan tahniah buat Intan dan suami atas kelahiran anak sulung mereka.

congratulations ! semoga membesar dengan sihat, cantik, comel & bijak

Alhamdulillah. Tahniah Intan sayang.

Assalamualaikum beautiful Imane Lunara

Sekadar makluman, Intan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.