Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata kedua, Imane Laudya

LocalFamily & Parenting
9 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata kedua, Imane Laudya

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata keduanya, pada Ahad.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam hantaran berkenaan, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran puterinya yang bernama Imane Laudya.

“Selamat datang ke dunia, anak yang sangat berharga, Imane Laudya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata rakan selebriti tempatan seperti Shima Anuar dan Anzalna Nasir serta para peminat tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat Intan dan bayi yang baru lahir itu.

Sebelum ini, Intan telah dikurniakan seorang anak perempuan sulung bernama Imane Lunara yang dilahirkan pada 15 Disember 2024 dan kini telah pun berusia hampir dua tahun.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan pilihan hatinya, Datuk Ahmad Azraf Azman, 42, dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos 2023.

The post Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata kedua, Imane Laudya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved