Intan Najuwa Umum Hamil Anak Sulung, Foto ‘Baby Bump’ Tarik Perhatian

Entertainment
18 Jul 2024 • 1:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
intan najuwa hamil

Pelakon kecil molek, Intan Najuwa mengumumkan berita gembira bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata pertama.

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Intan mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto dan video menampakkan bahagian perutnya yang semakin membesar.

image is not available

image is not available

Namun aktres ini tidak memaklumkan secara terperinci usia kandungan dan tarikh anggaran kelahiran bayi terdapat.

Di ruangan komen, berita gembira ini menuai ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Mereka memuji ibu mengandung ini yang kelihatan berseri-seri.

Untuk rekod, pelakon Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Asraf Azman dengan sekali lafaz sekitar Ogos tahun lalu.

image is not available

Jap!


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved