Tahniah! Intan Najuwa umum hamil cahaya mata sulung

18 Jul 2024 • 1:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datin Intan Najuwa umum hamil cahaya mata sulungnya bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman dengan membuat hantaran memaparkan bentuk di perutnya yang semakin kelihatan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Intan telah memuat naik gambar dan video yang menampakkan ‘baby bump’ yang semakin jelas kelihatan pada perutnya.

Intan Najuwa umum hamil

image is not available

“Rahsia kecil kami akhirnya terbongkar! Tak lama lagi kami akan bertiga,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Pada hantaran yang sama, Intan turut berkongsi video memaparkan imbasan sonogram yang menunjukkan perkembangan bayi dalam kandungannya.

image is not available

Walaubagaimanapun, pelakon cantik berusia 27 tahun itu tidak memberikan maklumat secara terperinci mengenai usia kandungannya ketika ini.

Menjengah ke ruangan komen, selain pengikut aktres itu, rakan selebriti pelakon itu juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Intan.

Alhamdulillah, tahniah!

image is not available

Tahniah Intan!

image is not available

Selain itu, terdapat juga beberapa warga maya yang memuji aktres itu dan berkata Intan kelihatan semakin berseri selepas mengandung.

Cantiknya dengan baby bump

image is not available

Comelnya!

image is not available

Sebelum ini, Intan pernah mengumumkan dia mahu berehat daripada dunia seni kerana mahu memberi fokus kepada suami dan urusan rumah tangga.

Sah! Intan Najuwa umum hamil

Sekadar info, Intan sah bergelar isteri kepada Ahmad Azraf yang juga merupakan usahawan di sebuah hotel mewah di Johor pada 18 Ogos tahun lalu.

Sumber: Instagram Intan Najuwa