Intel Akan Membuang Ribuan Pekerja Lagi Sebagai Langkah Penstrukturan Semula

TechnologyDigital
1 Aug 2024 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel akan membuang ribuan lagi pekerja sebagai langkah penstrukturan semula bagi memulihkan nasib syarikat menurut laporan Bloomberg. Pengumuman dipercayai akan dilakukan minggu dan adalah disebabkan impak syarikat yang kini akan memberikan lebih tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan bagi mengembalikan status mereka sebagai syarikat semikonduktor utama dunia.

Sejak lima tahun kebelakangan ini pegangan Intel dalam industri cip menghadapi tentangan daripada AMD dan NVIDIA. Mereka juga kehilangan Apple sebagai pelanggan selepas cip mereka digantikan dengan Apple SIlicon.

image is not available

Kedudukan kini semakin terancam dengan pengenalan cip berasaskan ARM oleh Qualcomm yang mula dipasarkan sejak sebulan lalu. Isu melibatkan cip Intel generasi 13 dan generasi 14 yang telah kami laporkan pula memberikan persepsi buruk kepada Intel kerana kerosakan yang berlaku adalah kekal.

Tahun lalu Intel telahpun membuang 5% pekerja mereka dan kini mempunyai sekitar 110,000 kakitangan. Menerus proses pengurangan tenaga kerja, Intel berhadap dapat mengurangkan kos operasi sehingga $10 bilion menjelang 2025.