Intel Dilaporkan Telah Menghentikan Pembangunan Kilang $25 Bilion Di Israel

TechnologyDigital
11 Jun 2024 • 1:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran beberapa cip pemprosesan yang baru, dan kini, dengan isu genosid yang sedang berlaku di Israel, beberapa laman berita telah melaporkan bahawa Intel menghentikan pembangunan kilang bernilai $25 bilion di Israel baru-baru ini.

Israel merupakan salah sebuah lokasi yang penting untuk Intel kerana ia merupakan tempat dimana kebanyakan penyelidikan cip semikonduktor syarikat tersebut dilakukan sebelum rekaan dan pembangunan cip mereka dihantar ke lokasi-lokasi lain, termasuklah Malaysia.

Menurut laporan Reuters, Intel telah menghentikan pembangunan kilang dan pusat penyelidikan baru di Israel yang bernilai $25 bilion yang akan dinamakan Fab 38 di Kiryat Gat. Kilang ini sepatutnya mula beroperasi bermula 2028 sehingga 2035 dan mengilangkan cip-cip pemprosesan Intel bersama-sama beberapa lokasi lain di Amerika Syarikat dan Eropah.

Intel mengatakan bahawa penghentian pembangunan kilang ini adalah kerana mereka dilihat mengadaptasi dengan keadaan geopolitikal semasa, tanpa secara terus berkata apa-apa mengenai isu genosid yang sedang berlaku di Gaza dan Rafah.

Setakat ini ia tidak diketahui jika penghentian pembangunan kilang ini adalah sementara ataupun sesuatu yang tetap.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved