“Sebab Saya Marah..” – Lelaki Tampal Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera Terima Denda RM100

7 Jun 2024 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular tentang seorang individu yang didenda sebanyak RM100 oleh Mahkamah Majistret kerana telah menampal bendera Israel di sebuah kedai makan.

Pelaku akui kerana marah

Pekerja sambilan sewa kereta, Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, memberitahu dirinya bertindak demikian kerana berasa marah atas kehilangan kelurganya di Palestin. Dia juga mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Hafzan Ab Aziz.

Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah, selepas ada keluarga saya meninggal dunia di Palestin.

 

Kalau kamu buat begitu, adakah ia akan menjadi keadaan yang lebih baik,” kata Nurul Hafzan.

image is not available

Sumber : Sinar Harian  

Individu insaf dan perlu sara keluarga

Menurut sumber, semasa prosiding, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabilla Rosli yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi hukuman minimum dengan alasan, tertuduh mengaku kesal dengan perbuatan tersebut serta mempunyai ahli keluarga yang perlu disara.

Dia insaf dan perlu menyara isteri yang juga seorang suri rumah termasuk mentuanya yang juga seorang ibu tunggal.

 

Ibunya juga mempunyai penyakit gaut sementara bapanya mempunyai penyakit jantung.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam agar dia tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

image is not available 2 weeks ago

Mahu Sebar Kesedaran Tentang Palestin, Mira Filzah Dikritik Tak ‘Check’ Dengan Teliti - “Itu Bendera Sudan Lah...”