Intel Melantik Dua Pegawai Baru Ke Jawatan-Jawatan Eksekutif Tetap

TechnologyBusiness & Finance
5 May 2026 • 5:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan Februari lalu, kami telah melaporkan tentang Kevin O’Buckley, SVP dan ketua Intel Foundry yang telah meninggalkan Intel untuk jawatan baru di Qualcomm. Intel Foundry kini diketuai oleh Naga Chandrasekaran, yang pada waktu tersebut merupakan Ketua Pegawai Teknologi di Intel, yang mana beliau kini mengetuai bahagian Intel Foundry sepenuhnya.

Terkini, Intel telah melantik dua eksekutif baru untuk jawatan-jawatan Pengurus Besar Client Computing and Physical AI Group dan juga Ketua Pegawai Eksekutif. Jawatan pertama akan disandang oleh Alex Katouzian, yang menariknya merupakan seorang bekas eksekutif di Qualcomm yang telah bekerja di syarikat tersebut untuk 25 tahun

Image from: Intel Melantik Dua Pegawai Baru Ke Jawatan-Jawatan Eksekutif Tetap

Alex akan bertanggungjawab bukan sahaja untuk peranti komputer pengguna, tetapi juga untuk sistem AI fizikal seperti robotik, mesin autonomi dan peranti AI yang lain. Sebelum ini di Qualcomm, Alex memegang jawatan Timbalan Presiden Eksekutif untuk bahagian teknologi mudah-alih, perkomputeran dan juga realiti lanjutan (XR).

Setelah mengambil-alih Intel Foundry, jawatan Ketua Pegawai Teknologi telah dikosongkan, dan untuk beberapa bulan lalu, ia telah disandang oleh Pushkar Ranade yang mana beliau akan bertanggungjawab untuk memajukan strategi teknologi syarikat, menerajui projek teknologi khas dan memacu pembangunan bidang baharu yang kritikal, termasuk pengkomputeran kuantum, pengkomputeran neuromorfik, fotonik dan bahan baharu.