ASUS ProArt PZ14 Ialah Komputer 2-Dalam-1 Yang Dikuasakan Cip Qualcomm Snapdragon X2 Elite

TechnologyDigital
4 May 2026 • 12:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

2026 nampaknya tahun dimana kita memperlihatkan banyak pengenalan model cip pemprosesan baru oleh pelbagai pihak seperti AMD, Apple, Intel dan Qualcomm yang mana semuanya kini mahu menguasai pasaran komputer riba.

ASUS telah mengacah penawaran komputer riba terbaru dari siri ProArt mereka, yang dinamakan ASUS ProArt PZ14 yang hadir dengan rekaan komputer tablet 2-dalam-1 yang hadir dengan paparan yang boleh dicabut dari bahagian papan kekunci.

Image from: ASUS ProArt PZ14 Ialah Komputer 2-Dalam-1 Yang Dikuasakan Cip Qualcomm Snapdragon X2 Elite

Jika anda biasa dengan komputer riba seperti Microsoft Surface Pro, model ASUS ProArt PZ14 boleh dikatakan menyerupai komputer riba tersebut, yang mana bahagian tablet disambungkan ke papan kekunci melalui pin magnetik.

Komputer riba ini hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 14 inci dengan resolusi 2,880 x 1,800 dan nisbah paparan 16:10 yang lebih tinggi. Ia juga hadir dengan kadar segar semula 144Hz dan nilai kecerahan 500 nits dalam mod SDR dan 1000 nits dalam mod HDR.

Image from: ASUS ProArt PZ14 Ialah Komputer 2-Dalam-1 Yang Dikuasakan Cip Qualcomm Snapdragon X2 Elite

ASUS ProArt PZ14 ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X2 Elite X2E-88-100 dengan pilihan memori LPDDR5X 16GB dan 32GB bersama-sama storan SSD sebesar 1TB. Dari segi sokongan palam pula, komputer riba ini dilihat merumahkan sokongan untuk dua palam USB4 Type-C, pembaca kad SD terbina. Ia juga hadir dengan sokongan untuk sambungan internet nirwayar WIFI7 yang pantas.

Penawaran untuk ASUS ProArt PZ14 sudahpun mula diperlihatkan di negara-negara China, Itali dan Sepanyol, dan dijangka akan memasuki pasaran-pasaran lain kelak.