Jika anda telah membina sebuah komputer desktop yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 200 terbaru, Intel telah mengumumkan bahawa mereka baru sahaja memperkenalkan profil lewahjam baru yang dinamakan Intel 200S Boost.

Secara ringkasnya, jika anda memiliki sebuah komputer yang dikuasakan oleh gabungan cip pemprosesan Intel Arrow Lake-K ataupun -KF bersama-sama dengan papan induk Intel Z890 dan juga memori DDR5 yang menyokong teknologi lewahjam memori Intel XMP, anda boleh mengakses profil lewahjam ini selepas mengemaskini sistem BIOS papan induk anda kepada versi terbaru.
Anda kemudiannya boleh mengakses profil Intel 200S Boost melalui pilihan Overclocking didalam menu BIOS anda, yang akan meningkatkan kelajuan asas SoC cip anda dari 2.6GHz ke 3.2GHz dan sambungan cip-ke-cip (die-to-die interconnect) dari 2.1GHz ke 3.2GHz. Kelajuan memori anda juga boleh ditingkatkan dari 6400MHz ke 8000MHz, jika memori anda menyokongnya.

Lebih menarik lagi, Intel juga mengesahkan bahawa menggunakan profil lewahjam Intel 200S Boost ini tidak akan menjejaskan waranti CPU dan papan induk anda, tetapi mengatakan bahawa komponen-komponen yang bukan sebahagian daripada perkakasan Intel seperti memori, storan, bekalan kuasa dan penyejuk tidak tertakluk dibawah waranti Intel, jadi pengguna harus berjaga-jaga apabila mengaktifkan ciri ini.
Dalam pada itu, Intel juga menyarankan bahawa pengguna menggunakan satu batang memori untuk setiap saluran DDR5, yang bermakna bahawa untuk papan-papan induk yang lazimnya akan mempunyai empat slot memori yang terdiri daripada dua slot untuk setiap saluran, hanya satu slot patut digunakan untuk setiap saluran.
Intel juga telah memperlihatkan model-model cip pemprosesan, memori DDR5 dan papan induk yang menyokong ciri lewahjam Intel 200S Boost ini.
- Intel Core Ultra 9 285K
- Intel Core Ultra 7 265K
- Intel Core Ultra 7 265KF
- Intel Core Ultra 5 245K
- Intel Core Ultra 5 245KF
Papan induk yang disokong:
ASRock ASUS Colorful Gigabyte MAXSUN MSI Z890 Taichi OCF
Z890 TaichiROG MAXIMUS Z890 HERO iGame Z890 FLOW V20
BATTLE-AX Z890M-PLUS V20Z890I AORUS ULTRA
Z890 AORUS MASTER
Z890 EAGLEiCraft Z890 VERTEX
Terminator Z890-A WIFIMEG Z890 ACE
Memori yang disokong:
ADATA Corsair G.SKILL TeamGroup V-COLOR LANCER RGB DDR5-8000 32GB (2x16GB) CL38 VENGEANCE® RGB 48GB (2x24GB) DDR5 CUDIMM 8000MT/s CL38
VENGEANCE® RGB 48GB (2x24GB) DDR5 DRAM 7200MT/s CL36Trident Z5 RGB
DDR5-8000 CL38 32GB (2x16GB)
Trident Z5 RGB
DDR5-8000 CL38
48GB (2x24GB)T-FORCE XTREEM DDR5 8000MHz 48GB (2x24GB), CL38 Manta XFinity RGB DDR5 48GB (24GBx2) 8000MHz CL38
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang profil lewahjam Intel 200S Boost ini, anda boleh membaca mengenainya melalui pautan ke laman web Intel ini.
