Acer TravelMate P6 14 AI Kini Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM6799

TechnologyDigital
15 Apr 2025 • 12:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika syarikat anda sedang mencari komputer riba kelas produktiviti nipis dan ringan dan juga berkuasa, Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa komputer riba produktiviti pejabat mereka, Acer TravelMate P6 14 AI sudahpun tiba di pasaran tempatan.

image is not available

Acer TravelMate P6 14 AI dilengkapi dengan pilihan paparan skrin 14 inci dengan resolusi WQXGA+ (2880 x 1800) ataupun 1920×1200 dengan ciri sesentuh terbina dan mempunyai nilai kecerahan 400 nit. Komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V dengan memori LPDDR5X terbina sehingga 32GB dan storan SSD sebesar 1TB.

image is not available

Keunikan pada Acer TravelMate P6 14 AI ini ialah ia hadir dengan rangka yang bukan sahaja teguh, tetapi sangat ringan. Rangka dalaman diperbuat daripada aloi magnesium-aluminum manakala bahagian luarannya pula disaluti dengan gentian karbon untuk memberikan komputer riba ini berat lebih rendah daripada 1kg.

image is not available

Digabungkan dengan bateri 65Wh, Acer menjanjikan bahawa komputer riba ini mempunyai jangka hayat pengecasan penuh yang boleh bertahan sepanjang hari, dan ini membuatkan Acer TravelMate P6 14 AI ini sebuah komputer riba yang boleh digunakan oleh pekerja dimana-mana sahaja, didalam dan diluar pejabat.

image is not available

Acer juga memanfaatkan teknologi AI melalui ciri Acer PurifiedView dan Acer PurifiedVoice untuk mesyuarat video yang lebih baik sambil meningkatkan kecekapan tenaga melalui cip NPU yang terbina. Acer User Sensing pula menggunakan pengimbas AI berdasarkan penglihatan yang terbina dalam untuk mengesan orang berdasarkan jarak dan pergerakan. Ia juga boleh mengunci akaun komputer apabila ia mengimbas bahawa wajah pengguna tidak berada di hadapan komputer riba.

image is not available

Acer Malaysia mengatakan bahawa Acer TravelMate P6 14 AI ini sudah mula dijual pada harga-harga berikut melalui kedai atas-talian Acer Store dan pengedar-pengedar rasmi Acer di seluruh Malaysia:

  • Acer TravelMate P6 14 AI (Intel Core Ultra 5 226V) – RM6799
  • Acer TravelMate P6 14 AI (Intel Core Ultra 7 256V) – RM7399
  • Acer TravelMate P6 14 AI (Intel Core Ultra 7 268V) – RM8399