Intel Mengatakan Isu Cip Core Gen-13 dan Gen-14 Kini Selesai

TechnologyDigital
5 Oct 2024 • 2:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isu pada cip Intel Core Gen-13 dan Core Gen-14 menyebabkan kerosakan kekal kerana voltan yang terlalu tinggi disalurkan. Selepas menyedari akan isu ini, Intel telah memberikan dua kemas kini kod mikro bagi mengelakkan isu ini daripada berlaku di masa hadapan. Dalam kenyataan yang diberikan kepada The Verge, Intel berkata isu voltan berlebihan ini tidak lagi akan berlaku pada cip kedua-dua keluarga cip pemproses ini.

image is not available

Intel turut mengesahkan masalah yang menyebabkan cip terkesan perlu digantikan dengan cip baharu ini adalah disebabkan oleh Vmin Shift. Dengan kemas kini kod mikro telah diberikan pada Jun dan Ogos lalu, Intel turut berkata isu yang sama tidak akan menjejaskan cip Core Gen-13 dan Core Gen-14 pada komputer riba, Lunar Lake dan Arrow Lake.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Intel terpaksa memberikan jaminan selama lima tahun kepada pembeli Core Gen-13 dan Core Gen-14 bagi mengembalikan keyakinan orang ramai.