Cip Intel Arrow Lake-S Dijangka Akan Diumumkan Secara Rasmi Pada 10 Oktober Ini

TechnologyDigital
2 Oct 2024 • 2:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Banyak yang telah dilaporkan mengenai pelancaran cip pemprosesan kelas desktop terbaru Intel, Arrow Lake-S ataupun Intel Core Ultra-200 kebelakangan ini. Ura-ura telah tiba mengenai pelancaran rasmi cip pemprosesan ini sehinggalah rekaan bungkusan kotak untuk cip-cip pemprosesan baru tersebut.

Terkini, Intel nampaknya telah mengeluarkan jemputan untuk pengumuman cip pemprosesan Intel Core Ultra-200 pada 10 Oktober ini. Pelancaran ini akan memperlihatkan model-model cip pemprosesan Arrow Lake-S, termasuklah beberapa model seperti Intel Core Ultra 9 285K, Intel Core Ultra 7 265K dan Intel Core Ultra 5 245K.

image is not available

Selain daripada itu, nampaknya tarikh ulasan, yang kebiasaannya juga merangkap tarikh jualan komponen ini ditetapkan pada 24 Oktober ini, yang boleh dikatakan bahawa ia adalah benar bahawa cip pemprosesan Intel Core Ultra 200 ini akan mula dijual pada penghujung bulan ini.

Pada 10 Oktober ini, ia juga dijangka bahawa papan induk siri Intel Z890 (LGA1851) juga akan diperlihatkan oleh pelbagai pembuat papan induk desktop seperti ASUS, MSI, GIGABYTE dan sebagainya.

Dalam pada itu, ini juga adalah kali pertama kita memperlihatkan nama model Intel Core Ultra digunakan untuk siri cip pemprosesan kelas desktop, walaupun ia sudah digunakan pada model CPU Meteor Lake dan Lunar Lake untuk komputer riba sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved