Intel akan menghentikan pengeluaran cip Blockscale yang digunakan untuk perlombongan kripto. Cip yang baru sahaja dilancarkan tahun lalu ini tidak lagi dikeluarkan kerana permintaan untuk perlombongan kripto yang semakin berkurangan.

Mereka akan menghentikan pesanan untuk cip ini pada 20 Oktober dengan pengeluaran akan dihentikan sepenuhnya menjelang 20 April 2024. Tumpuan kini akan diberikan kepada pelaburan ke dalam IDM 2.0 mereka yang juga menyebabkan mereka tidak lagi terlibat dalam pengeluaran cip modem tahun ini. Perniagaan pengeluaran modem Intel telahpun dijual kepada MediaTek.
Dengan deman kripto sudah berkurangan sejak kejatuhan nilai beberapa mata wang kripto, tindakan Intel ini selari dengan yang juga telah dilakukan oleh syarikat lain seperti NVIDIA.


