Intel Menghentikan Pengeluaran Sejumlah Cip Pemprosesan Generasi Ke-11 Tiger Lake

TechnologyDigital
6 Apr 2023 • 3:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Intel baru-baru ini telah memperlihatkan dokumen Product Change Notification (PCN) yang mengumumkan bahawa sejumlah besar siri cip pemprosesan generasi ke-11 Tiger Lake mereka akan dihentikan pengeluarannya.

Ini termasuklah siri cip pemprosesan dari siri Intel Core i3 sehinggalah Intel Core i9 dan hadir dengan sejumlah cip pemprosesan Intel Xeon W generasi tersebut. Diantara siri cip pemprosesan yang terkesan akibat pengumuman ini termasuklah sejumlah besar siri cip pemprosesan Intel Tiger Lake-H untuk komputer riba.

Walaupun begitu, Intel turut mengatakan bahawa bukan semua cip pemprosesan Tiger Lake akan terkesan akibat ini. Model seperti Intel Core i7-11390H dan Intel Core i5-11320H dengan pemproses imej terbina masih lagi akan dibangunkan.

image is not available

Siri cip pemprosesan Intel Tiger Lake baru dilancarkan sekitar 2019-2020, dan bukanlah sebuah siri cip pemprosesan yang lama, tetapi ia dilihat bahawa permintaan untuk cip pemprosesan generasi ke-12 dan 13 mereka jauh melangkaui permintaan untuk cip yang lama tersebut, jadi ia berkemungkinan bahawa Intel mahu memfokuskan sumber mereka kepada membangunkan cip-cip pemprosesan yang baru ini.

Intel juga telah mengesahkan bahawa pesanan terakhir untuk cip-cip pemprosesan Tiger Lake ialah pada 30 Jun 2023. Penghantaran cip-cip pemprosesan ini pula bergantung kepada model yang dipesan, tetapi penghantaran terakhir cip-cip pemprosesan yang akan dihentikan ini adalah pada 26 Januari 2024 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved