Intel Mengumumkan Penghentian Pengeluaran Kad Grafik Intel Arc A750 Limited Edition

TechnologyDigital
16 Jun 2025 • 3:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiga tahun selepas ia dilancarkan, Intel telah akhirnya mengumumkan penghentian sokongan untuk kad grafik Intel Arc A750 Limited Edition mereka. Dua tahun lalu, perkara sama diumumkan untuk kad grafik Intel Arc A770 Limited Edition juga.

Ini bermakna bahawa Intel akan menghentikan pengeluaran kad grafik tersebut, dan secara khusus, ini hanya menjejaskan pengeluaran kad grafik Limited Edition yang dikeluarkan sendiri oleh Intel. Mereka mengesahkan bahawa kad-kad grafik Arc A770 dan Arc A750 yang dikeluarkan oleh pihak parti ketiga tidak akan terjejas dengan pengumuman ini, dan kad-kad grafik tersebut akan terus disokong dari segi kemaskini perisian dan sokongan permainan-permainan baru.

image is not available

Selain daripada itu, Intel juga telah mengesahkan bahawa mereka akan berhenti mengeluarkan sejumlah cip-cip grafik untuk komputer riba berdasarkan arkitektur Intel Arc Alchemist. Ini termasuklah cip grafik Intel Arc A530M, Intel Arc A350M, Intel Arc 730M, Intel Arc 770M, Intel Arc A570M dan Intel Arc Pro A30M.

Intel akan berhenti mengambil pesanan untuk komponen-komponen ini sepanjang pertengahan dan penghujung tahun ini, dan akan menghentikan pengeluarannya bermula penghujung September tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved