Acer Memperkenalkan Kad Grafik Nitro Baru Oleh AMD Dan Intel

TechnologyDigital
26 May 2025 • 5:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada memperkenalkan komputer produktiviti dan gaming, Acer juga telah memperkenalkan dua model kad grafik baru daripada AMD dan juga Intel dibawah jenama gaming Acer Nitro mereka.

image is not available

Kad-kad grafik ini ialah Acer Nitro Radeon RX 9060 XT OC 16GB dan juga Acer Nitro Intel Arc A380 LP 6GB. AMD baru sahaja melancarkan kad grafik AMD Radeon RX 9060 XT mereka baru-baru ini, dan Acer, yang secara lazimnya akan memperkenalkan kad grafik kelas pertengahan dan mampu milik telah memperkenalkan kad grafik tersebut untuk mereka yang mahukan sebuah kad grafik yang boleh menggerakkan permainan-permainan moden pada resolusi Full HD.

image is not available

Untuk kad grafik Intel mereka pula, Acer dilihat menggunakan model Intel Arc A380 yang hadir dengan 6GB memori GDDR6 yang lebih lama, tetapi berbeza dengan penawaran AMD, kad grafik Acer Nitro Intel Arc A380 6GB ini hadir dengan rekaan serba nipis dan padat yang boleh dimuatkan kedalam komputer desktop kecil yang dibina khusus untuk tujuan Home Theater PC ataupun komputer gaming asas yang tidak memerlukan kuasa pemprosesan grafik yang hebat.

image is not available

Acer mengatakan bahawa kad-kad grafik ini akan tiba di pasaran-pasaran tertentu tidak lama lagi, tetapi tidak mengatakan bilakah ia akan tiba, khususnya untuk pasaran Malaysia. Sebelum ini kita sudahpun melihat bahawa Acer Malaysia telah memperkenalkan kad-kad grafik mereka di pasaran tempatan, dan jangkaan kami ialah mereka akan memperlihatkannya untuk pasaran kita kelak.