Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang sejumlah butiran mengenai siri cip pemprosesan Intel generasi 14, Meteor Lake. Butiran seperti proses binaan dan juga teknologi-teknologi baru yang akan diperkenalkan dapat dilihat melalui siri cip tersebut.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar bahawa cip Meteor Lake juga akan memperlihatkan penjenamaan baru untuk pertama kalinya sejak cip pemprosesan Intel beralih dari siri Core 2 ke Intel Core i pada tahun 2008.
Menurut pengguna twitter @InstLatX64, beliau telah menemui nama model salah satu cip pemprosesan baru Meteor Lake, yang dinamakan Intel Core Ultra 7 1002H. Cip pemprosesan ini dilihat hadir dengan enam teras prestasi, lapan teras cekap dan dua teras baru yang terbina didalam bahagian SoC, yang dijangka ialah cip yang akan digunakan untuk fungsi kecerdasan buatan. Digabungkan bersama 22 teras ini ialah 22 bebenang kuasa melalui ciri hyper-threading.
I spotted an another #Intel #MeteorLake-P SKU:
Core Ultra 7 1002H
6C+8E+2e/22 threads, 3GHz base clk, CPUID A06A4:https://t.co/hcsHrXwPZI https://t.co/zFY6iW6ndp pic.twitter.com/HDXHXX2MsW
Ini juga dilaporkan bukanlah model pertama dengan nama ini diperlihatkan, terdapat satu lagi model dengan nama Intel Core Ultra 7 1003H. Ini cukup menarik khususnya apabila kita lihat bahawa cip pemprosesan ini bukan sahaja dibina menggunakan proses serba baharu, tetapi juga hadir dengan ciri-ciri yang tidak dilihat di mana-mana cip pemprosesan Intel sebelum ini.
Intel dijangka akan memperlihatkan cip pemprosesan ini pada suku ketiga ataupun keempat tahun ini, mungkin untuk siri komputer riba terlebih dahulu sebelum cip pemprosesan kelas desktop.

