Intel Starfire Ialah Cip Pemprosesan Yang Dibangunkan Untuk Menguasakan Kapal Angkasa

TechnologySpace
14 Jul 2026 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel ialah sebuah nama yang terkenal untuk pelbagai jenis penawaran cip semikonduktor mereka yang menguasakan komputer pengguna, mesin pelayan pusat data dan lain-lain. Terkini, mereka telah memperkenalkan sebuah cip pemprosesan baru yang dinamakan Intel Starfire yang dibangunkan untuk beroperasi dalam situasi-situasi ekstreme seperti suhu yang melampau dan juga angkasa lepas.

Image from: Intel Starfire Ialah Cip Pemprosesan Yang Dibangunkan Untuk Menguasakan Kapal Angkasa

Cip pemprosesan Intel Starfire ini akan hadir dengan empat teras Performance dan empat teras Efficiency yang dibina di Amerika Syarikat menggunakan proses 18A (proses yang sama digunakan untuk menghasilkan cip Intel Core Ultra 300 Panther Lake) dan akan hadir dalam konfigurasi CPU Performance dan juga Low Power.

Siri cip pemprosesan Intel Starfire ini akan hadir dengan konfigurasi CPU, NPU dan juga GPU seperti penawaran cip pemprosesan Intel yang lain. Untuk siri CPU ini, model Low Power hadir dengan kelajuan asas 850Hz sehingga 1.0GHz, manakala model Performance pula hadir dengan kelajuan asas 2.1GHz sehingga 3.1GHz.

Image from: Intel Starfire Ialah Cip Pemprosesan Yang Dibangunkan Untuk Menguasakan Kapal Angkasa

Kedua-dua model juga hadir dengan GPU yang dilengkapi 64 Execution Units tetapi dari segi nilai AI TOPS, model Low Power mempunyai kelajuan 45 AI TOPS manakala model Performance pula mempunyai kelajuan pemprosesan 75 AI TOPS.

Perbezaan paling ketara ialah siri cip ini mampu berfungsi dalam keadaan suhu yang ekstrim, dari -55°C ke 125°C. Ini membolehkan cip pemprosesan ini untuk menguasakan perkakasan-perkakasan elektronik yang perlu beroperasi di lokasi-lokasi seperti angkasa lepas, padang pasir dan sebagainya.

Intel mengatakam bahawa sampel untuk cip pemprosesan ini akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini, tetapi bilakah produk-produk yang akan menggunakan cip ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved