Intel Sudahpun Mula Membangunkan Teknologi Grafik Mereka Akan Datang

TechnologyDigital
5 Dec 2024 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila Intel memperlihatkan pelan mereka untuk membangunkan teknologi grafik diskret, mereka telah memperlihatkan butiran mengenai platform grafik Arc Alchemist, Arc Battlemage dan juga Arc Celestial.

Mereka baru sahaja melancarkan siri kad grafik Intel Arc Battlemage dua hari yang lalu dengan pengenalan kad grafik Intel Arc B580 dan Intel Arc B570, tetapi kini, Tom Peterson, individu yang bertanggungjawab disebalik pembangunan teknologi grafik Intel Arc baru-baru ini juga telah mengesahkan bahawa Intel Arc Celestial, ataupun Intel Xe3 sudah hampir siap dibangunkan, dan akan diuji tidak lama lagi.Int

image is not available

Melalui podsiar Full Nerd Podcast Tom Peterson mengatakan bahawa Intel Xe3, ataupun Intel Arc Celestial sudah hampir siap dibina, dan pasukan perisian sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan produk ini sebelum ia diuji.

Tidak banyak butiran yang diperlihatkan mengenai Intel Arc Celestial, tetapi Tom Peterson turut mengesahkan bahawa bahagian perkakasan kumpulan Grafik di Intel sudahpun mula untuk membangunkan cip pemprosesan yang seterusnya.

Beliau juga mengatakan bahawa kebarangkalian besar siri kad grafik Intel Xe3 akan diperlihatkan pada tahun 2026 kelak, walaupun cip grafik Xe3 sendiri akan digunakan pada siri cip pemprosesan Panther Lake yang akan diperlihatkan pada tahun hadapan.

Sayangnya beliau tidak memberi sebarang butiran mengenai prestasi Xe3, tetapi pada pendapat kami ia sekurang-kurangnya akan hadir dengan kemampuan kelas pertengahan premium yang mungkin dalam julat sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 Super dan sebagainya.