Maklumat mengenai pengenalan dan pelancaran kad grafik Intel terbaru, Intel Arc Battlemage nampaknya kini semakin banyak menular di internet. Terkini, ia telah didedahkan bahawa butiran tarikh mengenai pelancaran siri kad grafik Intel Arc Battlemage sudah diperlihatkan.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Intel nampaknya akan memperkenalkan siri kad grafik Intel Arc Battlemage pada 3 Disember ini, dimana dua buah kad grafik akan diperlihatkan, iaitu Intel Arc B580 dan juga Intel Arc B570.

Intel juga nampaknya tidak akan membuang begitu banyak masa dengan menggabungkan tarikh embargo ulasan dan juga pelancaran kad grafik tersebut pada tarikh yang sama, iaitu 12 Disember 2024. Jika benar, perkara ini nampaknya bermakna bahawa Intel benar-benar mahu melancarkan produk ini secepat yang mungkin sebelum AMD dan NVIDIA memperlihatkan penawaran mereka di acara CES 2025 pada bulan Januari kelak.
Perkara ini juga selari dengan laporan kami semalam yang memperlihatkan penyenaraian tanda harga kad grafik Intel Arc B580 Limited Edition yang berharga sekitar $260, menjadikan kedua-dua kad grafik yang dikatakan ini sebagai sebuah kad grafik gaming kelas pertengahan.

