
KENINGAU: Pasukan Inter United FC menewaskan pasukan Borneo Sport FC 3-1 dalam perlawanan bola sepak persahabatan berlangsung di padang Barek Polis pada Khamis.
Pasukan Inter United FC dibarisi ramai pemain berpengalaman dan pernah beraksi bagi pasukan Sabah FA.
Ketua Pasukan Borneo Sport FC, Achilleus Kudirong, berkata tujuan perlawanan itu adalah sebagai aksi pemanas untuk memperbaiki kualiti permainan pasukan selain mengeratkan perpaduan antara kedua-dua pasukan.
Gol-gol Inter United FC dijaringkan oleh Robieglen JR, Afelly Ating dan Jasslydin Alib manakala Azli Kamarulzaman menjaringkan gol untuk Borneo Sport FC.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Pasukan Inter United FC akan menentang KK Vibes FC dalam liga M5 Sabah di Padang Sukma B, Kota Kinabalu pada 23 Julai ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

