‘Interview’ Bekas Isteri DDNK, Reaksi Hos Waktu Cakap Pasal ‘Orang Ketiga’ – “Yela! Kau Dah Gembira Dengan Orang Baru”

25 Jan 2023 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekitar hujung tahun lalu, kisah perkahwinan lelaki yang mendakwa dirinya seorang pakar saham terkenal, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) dengan pelajarnya mengejutkan ramai.

Perkahwinan DDNK, 47, dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari berusia 25 tahun itu menjadi bualan gara-gara dikatakan telah berkahwin di Thailand terlebih dahulu.

Malah, lebih membuatkan ramai terkejut selepas bekas isterinya, Hasmawati mendakwa masih belum mendapat dokumen rasmi perpisahan antara mereka.

image is not available

Bagaimanapun, Hasmawati mengambil tindakan bijak untuk menggunakan prosedur undang-undang membabitkan nafkah dan hak anak lelaki mereka.

Baru-baru ini, dia dijemput menjadi tetamu dalam rancangan ‘Sembang Wanita’ yang dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Nani Roslan.

Ketika ditanya, Hasmawati menjawab dia nekad untuk melupakan kekusutan ketika bercuti ke luar negara bersama anaknya.

Namun reaksi Fiza ketika berbual tentang topik ‘orang ketiga’ menjadi perhatian dan ramai akui suka dengan cara pengacaraan kedua-dua hos tersebut.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut tertarik dengan reaksi Fiza terutamanya apabila dia membuat jelingan mata ketika menyebut tentang topik ‘orang ketiga’.

Selain itu, mereka turut mendoakan dan berharap agar urusan Hasmawati untuk menuntut harta sepencarian dan hal-hal lain dipermudah.

image is not available 1 minggu lalu

"Bila Kahwin Orang Muda Rasa Diri Pun Lebih Muda, Dulu Jarang Ke Masjid Tapi Sekarang Rajin" - DDNK