Inti Pati Belanjawan 2026

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 7:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar PMO

KUALA LUMPUR - Berikut adalah inti pati Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.

Belanjawan yang mengangkat tema 'Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat' itu merupakan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030.

  • Lebih RM700 juta diperuntuk untuk tingkat keupayaan badan penguatkuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui Latihan serta perolehan asset.
  • JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital, bendung pemalsuan serta ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex CCTV.
  • Penyumbang tunai program pencegahan rasuah layak mendapat potongan cukai pendapatan.
  • Agenda Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) jimat kos pematuhan sehingga RM1.1 bilion, bantu Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia.
  • Pasukan STAR terima RM25 juta untuk usaha pendigitalan menyeluruh urusan rakyat, percepat pembangunan infrastruktur dan inovasi baharu.
  • MyDigital ID sasar 15 juta pengguna menjelang akhir 2025, diperluas ke sektor utama seperti kewangan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan.
  • RM76.6 juta disediakan bagi meningkatkan mutu prasarana UTC agar lebih mesra rakyat dan mudah diakses.
  • RM31.5 juta disediakan untuk menyelenggara dan mengganti aset-aset kedutaan yang rosak.
  • RM220 juta untuk perkasa peranan Institusi Parlimen, RM5 juta bagi memperkasa fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
  • RM15 juta untuk perluas liputan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM).
  • Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya kini diperingkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.
  • Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna, masukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas.
  • Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak BUDI95 sedang dikemas kini untuk sedia kuota tambahan kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing aktif.
  • Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
  • RM1 bilion disediakan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
  • Sejati MADANI diperluas dengan melibatkan anak-anak muda menambah pendapatan komuniti.
  • Sasaran Kampung Angkat MADANI ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI ditingkatkan kepada 1,500 sekolah termasuk penglibatan oleh badan swasta.
  • Solar MADANI diperluas ke kampung-kampung seluruh negara.
  • Syarikat dan individu berpendapatan perniagaan yang menyumbang untuk program Kampung Angkat dan Sekolah
  • Angkat MADANI, Sejahtera MADANI layak diberi potongan cukai pendapatan.
  • RM110 juta untuk Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI bagi memastikan masyarakat desa dan pedalaman mendapat perkhidmatan kerajaan secara terus.
  • Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion, Sarawak meningkat kepada RM6 bilion.
  • Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM765 juta bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link, tangani gangguan bekalan elektrik di Sabah.
  • RM1.67 bilion untuk Pan Borneo Sabah dilaksana mengikut jadual.
  • Sarawak-Sabah Link Road Fasa (SSLR) 1 dijangka siap November 2026, SSLR 2 sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2029.
  • Kesemua projek lebuh raya di Sabah dan Sarawak melibatkan kos mencecah RM48 bilion.
  • RM2 bilion untuk bangunkan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 kilometer, pastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menikmati manfaat digital sebaiknya.
  • RM20 juta untuk menambah tapak dan ruang niaga kepada peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.
  • Peruntukan TVET naik kepada RM7.9 bilion.
  • Majlis TVET Negara terima RM45 juta untuk terap ilmu teknologi digital dan Al kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.
  • Institusi TVET KPM disediakan RM1.3 bilion untuk mendidik 79,000 penuntut TVET.
  • RM60 juta untuk membina gerai dan membaiki pasar awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • RM300 juta bagi menyelenggara bangunan, sistem pendawaian dan kemudahan jalan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
  • RM50 juta untuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) menaik taraf 363 premis perniagaan MARA seluruh negara bagi manfaat 7,300 usahawan.
  • RM15  juta untuk membudayakan sains, teknologi dan daya cipta dalam kalangan belia.
  • Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah BSN dan TEKUN.
  • RM50 juta kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk pembiayaan menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh negara.
  • Projek Pemindahan Air Jeniang mula dilaksanakan tahun depan dengan kos RM1.28 bilion.
  • Tanah-tanah sawah bermasalah akan dipulihkan, prasarana ditambah baik dengan dana RM100 juta.
  • 6,400 pesawah dibekalkan dengan baja foliar untuk nutrien padi dan bahan kesuburan tanah sawah dengan peruntukan RM20 juta.
  • RM300 juta untuk menyokong tanaman jagung bijian, ternakan akuakultur serta aktiviti tanaman padi di Sabah dan Sarawak.
  • Agrobank sedia RM1.1 bilion untuk usahawan mengembangkan perniagaan, menyokong automasi dan mekanisasi dalam projek pertanian.
  • RM2.62 bilion untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah serta insentif pengeluaran padi.
  • Setiap pesawah dianggar terima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar berbanding RM3,790 sehektar bagi setiap musim.
  • Untuk golongan nelayan, RM160 juta diperuntukan bagi elaun sara hidup, diesel bersubsidi RM1.65 seliter dikekalkan, RM20 juta untuk menaik taraf vesel.
  • RM55 juta disediakan bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan.
  • Kementerian Pertahanan terima peruntukan RM21.7 bilion, Kementerian Dalam Negeri (KDN) RM21.2 bilion untuk tingkat tahap kesiapsiagaan negara.
  • RM6 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset pertahanan, RM1 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset PDRM serta badan beruniform di bawah KDN.
  • Lebih RM1.5 bilion untuk membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform.
  • Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan tamat tempoh pengoperasian pada Jun 2026 akan digantikan dengan sebuah Multi Purpose Command Platform baharu.
  • RM45 juta disediakan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved