Rekaan Epic Game Store Diperlihatkan – Gedung Aplikasi Untuk Android Dan iOS

TechnologyDigital
21 Mar 2024 • 10:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Walaupun banyak perkara pada Apple App Store telah berubah disebabkan oleh Epic Games, Epic masih berperang dengan Apple atas tidak berpuas hati terhadap peraturan gedung aplikasi yang ditetapkan. Oleh yang demikian, Epic sibuk membangunkan gedung aplikasi tersendiri untuk Android dan iOS – Epic Game Store.

image is not available

CEO Epic pernah mencadangkan satu gedung untuk semua, tetapi semua tahu ia mustahil. Pembangunan Epic Game Store untuk iOS turut terbantut apabila Apple membatalkan akaun pembangun mereka. Baru-baru ini ketika acara Epic Games State of Unreal, mereka telah mendedahkan rekaan gedung aplikasi ini.

Rekaan antaramuka ada iras Epic Game Launcher pada PC dan juga Google Play Store. Rekaan ini masih di tahap konsep kerana gedung aplikasi ini masih berada di peringkat awal pembangunan. Bila ia akan tiba ke tangan pengguna? Masih tidak pasti, tetapi peranti Android pasti tiada masalah memasangnya. Sementara pengguna iOS akan terhad di Eropah sahaja.