iOS 19 Akan Mempunyai Ciri Pengurusan Bateri dan Pengecasan Seperti Android

TechnologyDigital
13 May 2025 • 9:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iOS 19 akan dilancarkan tahun ini dengan maklumat mengenainya bakal dikongsi di acara WWDC pada 10 Jun depan. Menurut laporan Bloomberg, antara ciri baharu yang akan diperkenalkan di iOS 19 kelak ialah sistem pengurusan bateri dan pengecasan yang sama seperti digunakan Android sekarang.

image is not available
Adaptive Battery Android

Pertama sekali iOS 19 akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menguruskan penggunaan kuasa bateri oleh aplikasi. Sistem operasi akan melihat tabiat penggunaan seharian sebelum mengubah tetapan bagi memanjangkan hayat bateri. Tahun ini iPhone 17 diramalkan lebih nipis dan optimasi bateri adalah perlu untuk memastikan hayat bateri tahan lama.

Ciri ini mirip Adaptive Battery yang diperkenalkan Google sejak 2018 menerusi Android 9 Pie. Adaptive Battery akan mematikan aplikasi di latar belakang sekiranya mendapati ia menggunakan kuasa berlebihan.

Seterusnya iOS 19 juga akhirnya akan memberikan anggaran masa bilakah peranti akan dicas sepenuhnya. Ini akan dipaparkan pada skrin kunci. Sekali lagi ciri ini sudah lama disokong Android dengan Pixel lebih maju kehadapan kerana memberikan terus waktu bila bateri akan dicas 100%.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved